Thursday, September 3, 2009

KELEBIHAN AYAT KURSI

Posted on 26 August , 2008 by matjang
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”
Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur’an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur’an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

No comments:

Post a Comment

HIDUP DIIBARATKAN RODA

Apakah yang dikatakan dengan hidup diibarat roda .jelaskan

Hidup diibarat roda adalah kehidupan seseorang itu kadang –kadang naik atas dan kadang –kadang turun ke bawahdan ia diibaratkan seperti roda kerana roda berfungsi berpusing –pusing untuk menggerakkan kenderaan dan tempat yang ditujui ke destinasinya ,ini bermakna kehidupan kita yang kita lalui ini sama seperti roda kadang kala di atas kadang kala di bawah contohnya sihat kepada jatuh sakit ,lapang sebelum sempit dan sebagainya .

Kehidupan ini memberikan sesuatu pengajaran kepada seseorangan supaya jangan berputus asa di atas daya usaha bekerja keras dalam kehidupan yang dilalui dengan adanya pancaroba onak dan duri untuk meneruskan kehidupan seharian .Terdapat beberapa perkara yang harus kita lalui untuk teruskan kehidupan seharian yang kita lalui sekarang hingga sampai ke akhir hayat kita .Perkara yang perlu kita ingat sekarang dan sebelum akan datang ialah lima perkara iaitu

Hidup ini ibarat roda.kadang-kadang kita berada di bawah dan kadang-kadang kita berada di atas. memang kita tidak dapat lari dari kenyataan tersebut. Apabila kita berada di bawah adakah kita gembira? memang pedih dan pilu perasaan apabila menjadi insan yang berada di bawah. Kita tidak akan gembira sehinnga insan yang berada di atas turun dan menjadi insan yang berada di bawah. Selain itu, adakah gembira jika kita bersama2 berada di atas. Manusia tetap manusia. Manusia tidak dapat lari daripada perasaan ego. Sebaik baik manusia kita pasti akan berasa sedikit teruja apabila kita bersama-sama menjadi yang terhebat. Apabila hal ini terjadi maka bermula lah episod perbandingan. Manusia yang masing2 hebat membandingkan kehebatan masing-masing. Manusia memang tidak dapat elak daripada membuat perbandingan. Tuntasnya, memang amat sukar untuk kita katakan bahawa manusia memang tidak suka untuk mengakui dirinya adalah setaraf antara satu sama lain.

hutan lipur

hutan lipur
tak tahu